Showing posts with label jam. Show all posts
Showing posts with label jam. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

EPOS 3396 Limited Edition

Aku duk la baca rakan2 blogger cerita pasal EPOS 3396. Bro DuniaJam dan Bro D.vintage telahpun membelinya. Boleh tahan gak harganya bagi aku yang beginner nie. Okeh, kedai tempat aku selalu ambik jam ada menjual jenama EPOS ni. Dan kedai itu jugak ada stok bagi EPOS 3396 limited edition yang macam Bro D.vintage punya. Ada 2 bijik plak tuh. Satu tali besi dan satu lagi tali getah.
EPOS 3396 tali besi

Lawa oo kotak dia..
Banyak nyer 9...
Okeh, aku tak ambik gambar banyak pasal takut aku pegang jam mahal ni lama2, kang terjatuh kang tak ke naya..ni jer sempat aku ambik. Aku ingat nak ambik gambar certificate tapi macam menyusahkan tokey kedai pulak.

Harga EPOS ni ialah RM2.9K, tapi kalau betul2 nak...call la aku. Aku bagi la harga best skit.

Friday, March 19, 2010

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.
Aku seorang peniaga jam. Bukan bukak kedai tapi hanya bukak kat pekan sehari jer. Cita-cita nak bukak kedai tapi apakan daya modal tiada. Setakat ni pekan sehari jer la. Tolong doa-doakan yerk agar sampai boleh bukak kedai. Aku jual jam yang apa orang istilahkan jam 'pasar malam'. Macam-macam jenis ada. Ada Rado, Rolex, Tag Heuer, Omega, Breitling dan macam-macam lagilah. Kalau tengok macam gempak jer jenama jam. Semua jenama swiss, tapi aku jual RM 10 jer.hehehe. Tapi kalau nak pakai bergaya boleh la, kalau kena air janganlah. Nanti ada masa aku cerita satu-satu jam yang aku jual. Aku buat blog ni sebab aku pun minat jam gak. Semenjak aku berkecimpung dalam dunia perniagaan jam ni, aku selalu mencari blog dan info tentang jam. Blog yang pertama aku ikut ialah www.duniajam.blogspot.com. Aku mengoogle lalu aku terjumpa blog ni. Best gak. Terima kasih kepada saudara duniajam sebab tolong sikit-sikit bagi info tentang jam.Aku rasa setakat nie jer lah .Nanti aku sambung lagi. Jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...