Assalamualaikum dan salam satu malaysia.
Aku seorang peniaga jam. Bukan bukak kedai tapi hanya bukak kat pekan sehari jer. Cita-cita nak bukak kedai tapi apakan daya modal tiada. Setakat ni pekan sehari jer la. Tolong doa-doakan yerk agar sampai boleh bukak kedai. Aku jual jam yang apa orang istilahkan jam 'pasar malam'. Macam-macam jenis ada. Ada Rado, Rolex, Tag Heuer, Omega, Breitling dan macam-macam lagilah. Kalau tengok macam gempak jer jenama jam. Semua jenama swiss, tapi aku jual RM 10 jer.hehehe. Tapi kalau nak pakai bergaya boleh la, kalau kena air janganlah. Nanti ada masa aku cerita satu-satu jam yang aku jual. Aku buat blog ni sebab aku pun minat jam gak. Semenjak aku berkecimpung dalam dunia perniagaan jam ni, aku selalu mencari blog dan info tentang jam. Blog yang pertama aku ikut ialah www.duniajam.blogspot.com. Aku mengoogle lalu aku terjumpa blog ni. Best gak. Terima kasih kepada saudara duniajam sebab tolong sikit-sikit bagi info tentang jam.Aku rasa setakat nie jer lah .Nanti aku sambung lagi. Jumpa lagi.
Terima kasih. Apa2 info boleh dikongsi bersama
ReplyDelete